Khamis, September 12, 2013

HOMESTAY SURVEYING DI BAGAN LALANG

Assalamualaikum w.b

Pada hari ahad 8/9/2013, kami pergi ke bagan lalang untuk mencari homestay mana yang sesuai untuk dijadikan rumah penginapan untuk aktiviti kelab. Pilih punya pilih, so kami membuat keputusan memilih rumah teres di Taman Sri Bayu, Bagan Lalang. Nak tengok susun atur rumah nya. (Gambar dilampirkan)
Dari Pandangan Hadapan

  Yang di tepi rumah, untuk aktiviti BBQ di malam hari. Sempoi !
 Haa.. Ni pulak dapur.. Bole main masak2.. Hee
 Ruang tamu, lengkap dengan sofa, tv.. bole lepak santai..
 Yang ni bilik kedua, ada aircond.
Ini pulak, master bedroom. Siap ada aircond dan tandas. Selesa kan.

Selasa, September 10, 2013

KONVOI SEMPENA HARI MALAYSIA KE-50 & PERASMIAN WORC


1. BAYARAN RM50 SEORANG, KELUARGA RM70

2. BAYARAN TERMASUK PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI HOMESTAY BAGAN LALANG & MAKAN MALAM (BBQ).
3. TARIKH TUTUP SEBELUM 14 SEPTEMBER 2013.
4. SETIAP AHLI KELAB DIWAJIBKAN MEMBAWA BENDERA MALAYSIA UNTUK DILEKATKAN DI KERETA MASING2.

TQ ^^

Isnin, September 09, 2013

KELAB BERDAFTAR : SIJIL PENDAFTARAN (JPPM atau ROS)


WORC (Wira Owner's Recreation Club) atau Kelab Rekreasi Pemilik Wira, Selangor secara rasminya telah berdaftar secara sah sebagai kelab kereta khususnya kepada pemilik-pemilik Proton Wira di Selangor. Tertubuhnya WORC adalah satu usaha dari beberapa siri perbincangan (TT) yang telah diadakan dari semasa ke semasa demi merealisasikan penubuhannya yang digerakkan oleh kepimpinan muda dan ahli-ahlinya. Alhamdulillah, semoga kita semua menjadi satu keluarga yg kuat.Sebarang pertanyaan atau cadangan tentang kelab boleh lah hubungi YM Raja Aidil Azuar di talian 012-307 8220. Terima Kasih.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Ahad, Julai 07, 2013

MAJLIS PERKAHWINAN AHLI KELAB, SAUDARA BOB

Selamat Pengantin Baru..Semoga hidup diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.
Selamat menempuh alam baru. =) Amin










Jumaat, Julai 05, 2013

KONVOI KE SUNGKAI, PERAK


Salam Jumaat Semua !

Seperti yg telah di ketahui , 07/07/2013 (Ahad) WMRC(WIRA MOTORSPORT RECREATION CLUB) akan menganjurkan satu Konvoi ke Sungkai Perak. Untuk menghadiri Majlis Perkahwinan ahli kelab, saudara BOB. Aktiviti lain kita akan ke Hot Spring Sg. Klah (TRAP). Jadi sila sahkan kehadiran anda kepada YM Raja Aidil Azuar selewat2nya pada hari sabtu (6/7/2013).

Jam 8.00 - 9.00 pagi (ahad) diminta semua ahli berkumpul di Perabot LDP SS3, Petaling Jaya.

Terima Kasih ~ 

Have a nice day ^^

(ADMIN)

NOTIS :PENGAMBILAN AHLI KELAB BARU SESI 2013/2014